sekretariat rakan muda (srm) uthm punye pasal

Monday, March 30, 2009

pada hari sabtu dan ahad minggu sudah, srm uthm telah menerima kunjungan daripada srm ukm. program yang diberi nama jelajah ipt ini bertujuan untuk merapatkan ikatan persahabatan antara srm disamping saling bertukar-tukar pendapat dalam usaha untuk memartabatkan nama srm (ceh ayat aku...x tahan).

antara aktiviti yang telah kami aturkan khas untuk srm ukm adalah kayak, makan, minum, makan lagi, minum lagi, sesi berdialog, suai kenal, makan lagi sekali, minum lagi, tdo, dan aktiviti2 lain yang mereka lakukan di dalam bilik (xde keje aku nk g check pe yg dorg wat lam blik).


sebenarnya ini adalah aktiviti pertama yang aku sertai setelah lulus temuduga hari tu. kekok gak ngan muka2 yang baru aku kenal. sebelum ni memang aku x pernah nampak muka dorg. tp xpe la....meramaikan koleksi kawan.


nabil, jambu,zairo, sha, ed, dayah, min, nad, roy, amir, yasir, dan ramai lagi. ada juga di antara mereka yang aku hanya kenal pada nama. dan ada juga yang aku kenal pada rupa. tapi tidak mengapa wahai sahabat....aku akan berusaha mengenalimu dengan lebih dekat pada masa hadapan.

ini pula gambar masa aktiviti kayak (tp xde pn muka aku)



p/s: mane gmbo yg ko janji nk emel tu "abg ruzaini ku syg" ?

0 comments:

 

Copyright © 2009 Grunge Girl Blogger Template Designed by Ipietoon Blogger Template
Girl Vector Copyrighted to Dapino Colada